Misi Sukar Pahang

BUKAN mudah buat Tok Gajah apabila melayan kunjungan The Red Giants di Stadium Darul Makmur di laman sendiri malam ini.

 

Berdasarkan rekod pertemuan liga musim lalu, Pahang terpaksa akur tewas 0-1 di pusingan pertama di Shah Alam sebelum keputusan sama turut diterima pada aksi di pusingan kedua liga di laman sendiri.

 

Malah perlawanan pada malam ini juga menjadi tumpuan peminat Pahang selepas kekalahan pertama dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2015 di tangan Harimau Selatan dengan keputusan 0-2 sekali gus gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah musim ini.

 

 

PERLU BUKTIKAN

 

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu perlu kembali bangkit apatah lagi beraksi di laman sendiri dalam misi meraih tiga mata penuh di hadapan penyokong mereka sendiri.

 

Ketiadaan penyerang kebangsaan, Azamuddin Md Akil yang tidak dapat diturunkan akibat kecederaan lutut kanan dilihat sedikit sebanyak menjejaskan rentak dan pada malam ini, pemain kelahiran Lipis itu masih belum dapat diturunkan.

 

 

SEGERA ATASI

 

Kelemahan yang dipamerkan pada 31 Januari lalu khususnya di jentera tengah yang digalas oleh Azidan Sarudin, Mohd Hafiz Kamal, R Gopinanthan selain jentera serangan oleh Dickson Nwakaeme, Matias Ruben Conti yang dilihat kurang berfungsi pada perlawanan lalu.

 

Aksi lambat panas turut ditampilkan oleh Pahang dan kelemahan ini juga perlu diatasi segera dan untuk perlawanan malam ini, anak-anak buah Zainal Abidin perlu mencari gol awal dan mengelakkan kesilapan di minit-minit terakhir. – Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.