MIC Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap ROS

Kuala Lumpur – Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menuduh Pendaftar Pertubuhan (RoS) bertindak di luar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 dalam beberapa surat dan arahan mereka sejak krisis parti bermula, lewat tahun lalu.

 

Beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS sekiranya badan itu enggan menarik balik surat-surat yang telah diberikan kepada MIC, sejak tahun lalu.

 

Mengenai penemuan RoS mengenai perlantikan Palanivel dan Jawatankuasa Kerja Pusat didapati tidak sah, beliau tetap menegaskan bahawa apa yang beliau lakukan, terkandung di dalam perlembagaan.

 

“Ia adalah di bawah kuasa mutlak yang diberikan kepada saya di bawah Artikel 46.5 Perlembagaan MIC.

 

“Tidak dinyatakan dalam mana-mana Perlembagaan MIC, saya perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa untuk membuat pelantikan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

 

Palanivel menambah RoS turut terlibat dalam mesyuarat ‘haram’ yang diadakan di Ibu Pejabat MIC semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.