Mayat Remaja Hilang Ditemui

Bachok – Mayat remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Irama, Rabu lepas, dijumpai di Pantai Kubang Golok hari ini.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Kasyfi Syahmi Ghazali berkata mayat Amirul Ashraf Suzaini, 18, dijumpai anggota pasukan itu yang menjalankan operasi mencari pada 2.10 petang.

 

“Mayat dijumpai kira-kira 2.5km dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya kepada ketika dihubungi.

 

Dalam kejadian itu, Amirul yang sedang mandi bersama seorang rakannya dihanyutkan ombak secara tiba-tiba.

 

“Jasadnya diserahkan kepada pihak polis Bachok sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Baharu untuk bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.