Kereta AJK Pas, Hatta Ramli Dibakar Pagi Tadi

Kuala Lumpur – Kereta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dibakar di luar rumahnya dekat Hulu Klang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

 

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

 

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian, bagaimanapun, Dr Hatta tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

 

Sahabat rapat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

“Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi,” katanya memetik sumber The Malaysian Insider.

 

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan pejabat itu.

 

Mereka mendakwa Dr Hatta mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan kewujudan konspirasi itu, namun berjanji akan membuat siasatan mengenainya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.