IS Rancang Bakar 17 Tahanan Lagi Dalam Sangkar

KUMPULAN Negara Islam (IS) merancang untuk membakar seramai 17 tawanan yang terdiri daripada pejuang Kurdish seperti yang telah mereka lakukan terhadap juruterbang Jordan, Moaz Al-Kasasbeh.

 

Menurut Dailymail Online, IS menghebahkan rancangan mereka untuk membakar tawanan hidup-hidup di dalam sangkar ketika berarak bersama tahanan di Hawija, Kirkuk, Iraq.

 

Ketika membawa tahanan itu berarak, pejuang IS mendakwa akan membakar pejuang Kurdish bagi membelas dendam terhadap kekejaman yang dilakukan kepada ahli kumpulan mereka.

 

Pejuang Kurdish sebelum ini telah mengheret mayat beberapa ahli kumpulan IS di seluruh bandar Kurdistan sebagai tanda berjaya membunuh tentera kumpulan berkenaan.

 

Dalam perarakan itu, kumpulan IS dilaporkan membawa tahanan ke arah yang tidak diketahui untuk menjalankan hukuman selepas ini.

 

Juruterbang Jordan merupakan tahanan pertama yang dibakar hidup-hidup oleh ahli kumpulan IS di Syria dan video pembunuhan itu telah dimuat naik ke laman web mereka.

 

Hukuman ngeri yang mengejutkan itu menimbulkan kemarahan masyarakat dunia dan penduduk Jordan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.