Hanya 200 Orang Hadir, Himpunan Bebaskan Anwar Depan Sogo

Kuala Lumpur – Walaupun dilarang oleh pihak berkuasa, penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan kempen ‘#kitalawan’ tetap mengadakan perhimpunan di depan pusat beli-belah Sogo di sini petang tadi.

 

Namun tidak ramai yang turun padang di hadapan pusat beli-belah di pusat bandar raya itu dan dianggarkan hanya kira-kira 200 orang sahaja yang hadir.

 

Mereka mula berkumpul pada jam 4.00 petang Sabtu, sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan 15 minit kemudian.

 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut berada di situ berkata, perhimpunan tersebut rata-ratanya terdiri dari golongan anak muda dan mahasiswa yang mahu Anwar dibebaskan dari penjara.

 

Himpunan ini kononnya diadakan sebagai menunjukkan solidariti terhadap Anwar.

 

Nik Nazmi ketika berucap berkata, parti itu yakin anak muda akan bangun membantah keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjaran lima tahun ke atas Anwar, Selasa yang lalu.

 

“Kami daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PKR datang untuk menyokong dan ada yang sedang dianjurkan dan ada beberapa pihak dalam perjalanan.

 

“Rakyat masih mahu Anwar bebas dan menolak keputusan yang dibuat terhadap Anwar,” katanya.

 

Manakala Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkata penangkapan ayahnya yang juga ketua umum PKR sebagai ‘penangkapan politik’ untuk bertujuan mematahkan karier politik beliau.

 

Beliau berkata akan meneruskan tuntutan pembebasan Anwar menerusi ‘March 2 Freedom’ sambil mengutarakan kemungkinan untuk menyerahkan petisyen pembebasan Anwar kepada Yang Di-Pertuan Agong, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya ‘mencetuskan konspirasi’ terhadap kes Anwar.

 

Himpunan ini kononnya diadakan sebagai menunjukkan solidariti terhadap Anwar itu turut dihadiri Ihsan Bukhari, Safwan Anang dan Adam Adli.

 

Antara kain rentang yang dibawa penyokong tertera ‘hakim berat sebelah’, ‘kita lawan’ dan ‘rakyat diliwat najib’.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya melarang orang ramai menyertai himpunan #kitalawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.