Hampir 100 Ikan Paus Mati Terdampar

Wellington – Lebih 100 ikan paus mati  terdampar di pantai New Zealand, menurut pegawai pemuliharaan, lapor AFP.

 

Ikan-ikan paus berkenaan terdampar sendiri di pantai pada hari Jumaat di Farewell Spit di hujung utara Pulau Selatan, dengan berpuluh-puluh penyelamat berlumba-lumba menyelamatkan mamalia marin pada petang semasa air pasang.

 

Tetapi jurucakap,Jabatan Pemuliharaan (DOC) Andrew Lamason berkata ikan-ikan paus telah berenang kembali ke pantai lagi  semalaman.

 

“Kini kami telah temui 103 ikan paus yang disahkan mati dan kami cuba untuk menjaga selebihnya hidup,” katanya kepada AFP.

 

“Terdapat kira-kira 150 sukarelawan yang cuba untuk membuat ikan-ikan paus itu  selesa dengan meletakkan pelapik dan air atas badan mereka.

 

Menurut Lamason, kejadian itu menyedihkan semua yang terlibat.

 

“Ada banyak ikan paus muda yang telah mati. Ia agak emosi masa untuk semua kakitangan kami,” katanya.

 

“Ikan paus juga melalui banyak trauma fizikal dan emosi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.