Dua Beradik Maut, Motosikal Rempuh Belakang Lori

Ipoh – Dua beradik maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Tapah-Changkat Petai di Tapah Road dekat sini, semalam.

 

Mangsa Zandery a/l Bah Salleh, 25, yang menunggang motosikal berkenaan dan abangnya, Juraimy a/l Bah Salleh, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata kejadian pada 8.20 malam itu berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dari Tapah menuju Pekan Tapah Road merempuh bahagian belakang lori berkenaan, yang diparkir di kiri jalan.

“Mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang lori terbabit. Pemandu lori berhenti seketika untuk makan di sebuah kedai terletak di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Merbau di Tapah Road dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.