Beberapa Pimpinan PKR Bakal Umum Keluar Parti

Kuala Lumpur -Beberapa pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sarawak dikhabarkan akan meninggalkan parti itu.

 

Memetik sumber portal Sarawakiana, antara yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu antaranya pimpinan ranting Katibas, Baleh, Pakan dan Miri.

 

Mereka juga dikataka akan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam masa yang terdekat ini.

 

“Antara alasan yang diberi adalah mereka berbuat demikian adalah mereka amat tertarik dengan kepimpinan dan pendekatan yang telah dipamirkan oleh Ketua Menteri yang baru iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem.

 

“(Namun) buat masa ini, kami tidak boleh mendedah mana-nama mereka sekarang namun apa yang pasti, satu majlis penyerahan borang keahlian PBB oleh mereka (yang keluar PKR) akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.” kata salah seorang ahli Majlis Tertinggi PBB yang tidak didedahkan identitinya.

 

Beliau turut mendakwa antara faktor utama tindakan tersebut kerana hilangan keyakinan dengan PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.