‘Anwar Hanya Layak Jadi Penasihat Ekonomi Penjara’

Kuala Lumpur – Parti Gerakan hari ini mempersoalkan kedudukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

 

Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana Ketua Umum itu yang kini dipenjarakan tidak mugkin mengetahui keadaan hal-ehwal berkaitan kerajaan negeri.

 

“Ini tidak logik.

 

“Dia hanya layak menjadi penasihat ekonomi penjara sahaja,” sindirnya.

 

Dia juga dalam nada sangsi mempersoal jikalau kerajaan negeri berniat membawa semua exco ke penjara untuk melakukan mesyuarat.

 

Beliau berkata demikian di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

 

Keng Liang berkata, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali seharusnya membuat keputusan yang betul berkenaan perkara seperti ini.

 

Beliau turut memperli agar mendapatkan nasihat daripada Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail jika Azmin tidak dapat membuat keputusan yang wajar.

 

Baru-baru ini, Azmin menegaskan Anwar kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

 

Katanya, Anwar masih mampu memegang jawatan itu dan boleh memberikan nasihat ketika menjalani hukuman.

 

Sementara itu, mengulas mengenai calon Parlimen Permatang Pauh, Keng Liang berpendapat PKR akan meletakkan calon daripada keluarga Ketua Umum itu.

 

“Saya yakin PKR akan meletakkan calon daripada keluarga mereka seperti biasa. Saya cabar mereka buktikan saya salah,” katanya.

 

Beliau juga meminta Rafizi lebih baik beralih kerana parti yang diketuai isteri Anwar sebagai Presiden, suami sebagai Ketua Umum, anak menjadi Naib Presiden dan akan datang anak perempuannya pula akan menjadi Setiausaha Agung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.