Alex Komang Meninggal Dunia

Jawa Tengah – Aktor senior popular Indonesia, Alex Komang meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam tadi.

 

 

Allahyarham meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr Kariadi Semarang, Jawa Tengah selepas menderita akibat penyakit Hepatitis B.

 

 

Berita kehilangan pelakon tersohor itu disampaikan pengarah Joko Anwar melalui akaun Twitter, @jokoanwar.

 

 

Joko sebentar tadi turut mengesahkan berita itu menerusi pesanan What’s App kepada Malaysian Digest.

 

 

Alex Komang atau nama sebenarnya Saifin Nuha, 53, merupakan seorang pelakon berpengalaman dan dihormati dalam kalangan penggiat seni Indonesia juga penggiat seni di Malaysia.

 

 

Beliau juga pernah membintangi beberapa filem produksi Malaysia antara filem Puteri Gunung Ledang dan Gunung Emas Almayer.

 

 

Sementara itu, filem Indonesia pecah panggung yang pernah dibintanginya seperti Laskar Pelangi, Surat Kecil Untuk Tuhan dan Sebelum Pagi Terulang Kembali.

 

 

Pada penghujung tahun lalu, Alex dimasukkan ke Rumah Sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta Pusat dan dikhabarkan keadaan Alex pada masa itu mengakui terlalu letih kerana menjalani penggambaran.

 

 

Pelakon tempatan, Bront Palarae juga melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah laman Twitter sebaik saja mengetahu berita itu, sebentar tadi. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.