3 Beranak Maut Selepas Pulang Dari Ziarah Bekas MB Kelantan

Bachok – Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan ketika pulang selepas menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam.

 

Mangsa yang terdiri daripada bapa, ibu dan bayi perempuan mereka berusia empat bulan maut dalam kemalangan di jalan Telong-Tok Bali kira-kira jam 2.30 petang semalam, laporSinar Harian.

 

Empat lagi mangsa di dalam kenderaan sama sedang dirawat di HUSM.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, keluarga dari Bukit Payong itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dari arah Melawi ke Tok Bali.

 

“Kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok Bali,” kata Abdul Hamid.

 

Pemandu, Roslan Mamat, 34, dan bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isteri Roslan, Mimey Suhartini meninggal dunia di hospital. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.