Sumbang Mahram Dengan Kakak Hingga Hamil, Remaja Mengaku Salah

KAMPAR – Remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar, hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Remaja yang masih bersekolah itu didakwa melakukan persetubuhan dengan kakaknya yang berusia 16 tahun yang mana hubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang.

Malah hubungan itu juga tidak dibenarkan mengikut hukum agama dan adat yang terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan kakaknya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Diawan, Taman Diawan, Kampar pada Disember 2017 hingga Mei 2018.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 b (1) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Nur Faizah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tetapkan 20 Februari depan bagi sebutan semula kes.

Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya, Siti Norashikin Hassannor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Remaja itu ditahan 15 Disember lalu selepas seorang doktor sakit puan membuat laporan polis berhubung kes seorang remaja melahirkan bayi perempuan di tandas rumah. -Astro Awani

One thought on “Sumbang Mahram Dengan Kakak Hingga Hamil, Remaja Mengaku Salah

  • January 14, 2019 at 6:51 pm
    Permalink

    Da berlaku ?? Cuma berilah peluang pd mereka yg masih muda… beri nasihat..bimbing mereka ke jln allah supaya mereka sedar salah nya…semoga allah swt ampuni dosa mereka dan terima taubat mereka..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.