Speaker Selangor Serah Notis Kekosongan DUN Semenyih Hari Ini

SHAH ALAM – Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini, hari ini.

“Will do it (serah notis kekosongan) this afternoon,” katanya ringkas.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi Jumaat lepas (11 Jan) akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian PPBM Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.