Menjelang Sambutan Pesta Ponggal, Masyarakat India Terkenangkan Najib

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan pesta Ponggal esok, ramai netizen yang terdiri daripada masyarakat India di negara ini meluahkan rasa ‘rindu’ mengenang zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

Mereka menyifatkan mantan Perdana Menteri itu sebagai pemimpin sebenar yang tidak pernah meminggirkan nasib rakyat berbilang kaum ketika menerajui negara sebelum ini. 

Seorang pemilik akaun Facebook, Baskarcholamuthu Baskar menyifatkan Najib adalah ‘hero’ masyarakat India yang sangat prihatin membela nasib mereka sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Ujarnya, bagaimanapun kini nasib masyarakat India kembali terumbang-ambing selepas kejatuhan kerajaan BN pimpinan Najib pada PRU14, Mei lalu.

“Kaum India terumbang ambing di tengah lautan selama 22 tahun, selepas DSNR mengambil tampok pentadbiran negara,sedikit demi sedikit kaum India mula naik kedaratan dan selepas The Malaysian Indian Blueprint direalisasikan lebih ramai kaum India naik ke daratan.

“Tibanya bulan Mei 2018, kaum India Malaysia ini telah dihanyutkan ketengah lautan sekali lagi. Bila mereka akan naik ke daratan. Belum tentu lagi,” komennya di Facebook Najib.

Najib sebelum itu dalam hantaran Facebook beliau mengucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal dan memuat naik perutusannya sempena perayaan tersebut.

Dalam perutusannya itu, beliau melahirkan kekhuatiran terhadap isu ketegangan kaum yang semakin ketara kebelakangan ini.

Ujarnya, kerajaan pda hari ini perlu memainkan peranan dalam menyatukan rakyat berbilang kaum serta menegaskan bahawa perlunya ada ‘nambikkai’ (keyakinan) antara kerajaan dan masyarakat.

Selain itu, Najib juga menggesa kerajaan untuk memberi penekanan yang lebih ke atas pembangunan sosioekonomi dan keperluan untuk masa kini dan masa depan kaum India di Malaysia. 

Sementara itu, rata-rata netizen berbangsa India yang lain melahirkan rasa gembira menerima ucapan daripada beliau.

Ponggal atau hari kesyukuran bagi masyarakat India itu diraikan pada hari terakhir bulan Margli menurut kalendar Hindu, atau 14 atau 15 Januari setiap tahun. 

Ia dirayakan selama empat hari bagi meraikan kesyukuran di atas hasil tuaian pertanian mereka.  -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.