Dua Jam Kutip Cebisan Mayat Penunggang Motor

NILAI — Lebih dua jam diperlukan untuk mengutip cebisan mayat lelaki yang hancur akibat digilis beberapa kenderaan dalam nahas ngeri di lebuh raya dekat sini awal pagi tadi.

Mayat mendiang G Muniandy, 50, pada awalnya dilanggar oleh Perodua Myvi dari arah Seremban menuju ke Nilai sewaktu mangsa melintas jalan untuk mencari minyak, lapor Harian Metro.

Kemalangan kira-kira 5.40 pagi tadi berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban di lebuh raya PLUS selepas motosikal yang ditunggang mangsa kehabisan petrol.

Ketua polis daerah Nilai berkata mangsa dirempuh kereta berkenaan yang dipandu di lorong kanan Kilometer 274.3 lebuh raya itu dan pemandunya tidak sempat mengelak.

“Mangsa tercampak di atas jalan sebelum digilis beberapa kenderaan lain,” kata Supt Mohd Nor Marzukee Besar, yang menjelaskan motosikal mangsa ditemui 30 meter dari lokasi nahas.

“Polis … kemudian dibantu bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), lebih dua jam masa diambil bagi mengutip cebisan tubuh mangsa.”

Pemandu kereta berkenaan A Tharmendra, 30, hanya cedera di tangan. Kes itu disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.