Dr Mahathir Nafi PH Beri Duit Di PRK Cameron Highlands

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak memberi wang kepada sesiapa semata-mata untuk meraih undi.

Sebaliknya kata beliau, jika sesuatu pemberian itu memang diperuntukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat, maka sesiapa sahaja yang berhak boleh menerimanya.

“PH tidak pernah bagi duit kepada sesiapa.

“Kalau sesuatu duit (pemberian) itu dah kerajaan punya, dia bagilah. Itu semua orang dapat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan silinder komposit keluaran Astana City Group Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gambar tular seorang wanita didakwa memberi wang kepada sekumpulan individu yang dituduh sebagai usaha untuk meraih undi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Gambar tersebut dikecam pelbagai pihak yang mendakwa pemberian itu sebagai rasuah.

Berita Berkaitan;-

Agih Wang Di PRK Cameron Highlands, Apakah Ini Bukan Dikira Rasuah Politik, Soal Pemuda UMNO

“Betul Ke Beri Wang? Periksa Dulu,” Kata Wan Azizah

Calon Nafi Beri Wang, Pemimpin Lain Pula Dakwa Itu Wang Kos Petrol Sukarelawan PH

SPR Tak Boleh Lapor Polis, Itu Semuanya ‘Dengar Cakap’ – Pengerusi SPR

Sebelum itu dalam majlis yang dihadirinya, Perdana Menteri mahu rakyat menyokong produk-produk dan industri tempatan bagi memastikan perkembangan industri negara tidak terbantut.

Katanya, sokongan itu dapat memastikan industri tempatan berkembang sekali gus lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan serta mengawal aliran keluar wang negara. – UTUSAN

One thought on “Dr Mahathir Nafi PH Beri Duit Di PRK Cameron Highlands

  • January 14, 2019 at 6:47 pm
    Permalink

    Jika bagi rasuah buka mcm ni?? Ni spontan je?? Yg viral klip ni apa tujuan ?? Suka buat kecuh?? Tujuan jahat apa kau dapat??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.