Wanita Elok Bayar Duit Hantaran Sendiri Kata Mufti

KUALA LUMPUR – Berbeza dengan amalan lazim, seorang mufti menyarankan pengantin perempuan menggunakan wang sendiri untuk mengadakan kenduri lebih meriah.

 

“Kita sedia maklum dalam Islam hanya mas kahwin yang wajib dibayar oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan.

 

“Namun kebanyakan pihak keluarga meminta hantaran tinggi atas alasan mahu menampung perbelanjaan kos kenduri di sebelah keluarga perempuan sehingga ada yang terlalu membebankan pihak lelaki,” kata Datuk Mohd Yusof Ahmad.

 

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, mufti Negeri Sembilan berkata tidak sepatutnya wang hantaran dinaikkan dengan alasan kos mengendalikan kenduri semakin meningkat.

 

Namun seorang bapa yang berpengalaman mengendalikan majlis kenduri perkahwinan anak-anaknya berhujah perbelanjaan itu semakin meningkat.

 

Mohd Salleh Marzukhi, 59, berkata keadaan ekonomi inilah yang menjadikan keluarga pengantin meminta wang hantaran yang agak tinggi walau sering pula mereka dilabel “macam jual anak”.

 

Tambahnya, pada 1980-an wang hantaran sekitar RM1,700 tetapi lebih kurang sedekad kemudian jumlahnya sudah RM3,000 hingga RM5,000.

 

Namun, katanya, mulai 2010 wang hantaran naik mendadak kepada sekurang-kurangnya RM10,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.