Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan kuasa Barat menentang Daesh di Syria dan Iraq telah menyebabkan militan pengganas itu terpaksa mencari tempat perlindungan yang baharu, lapor Utusan.

“Saya bimbang mereka ini akan cepat cari tempat perlindungan di luar Syria dan Iraq. Kebimbangan saya kalau tak di selatan Thailand, selatan Filipina dan di kawasan Rohingya, iaitu di Rakhine.

 

“Kalau kita tolak mereka ke satu sudut nanti, mereka (Rohingya) tidak ada pilihan melainkan untuk menyertai dan menyokong kumpulan militan ini,” katanya.