Zahnita Fail Semula Tuntutan Cerai

SHAH ALAM – Pelakon dan model, Zahnita Wilson memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

 

Dia yang diwakili peguam syarie, Suariany Awaldin membuat permohonan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria.

 

Suami Zahnita, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghafoor, 38, yang turut hadir pada prosiding tersebut tidak bersetuju dengan permintaan tersebut dengan alasan masih berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

 

Muhamad Hisyam menetapkan sebutan semula kes pada 4 Februari depan bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai, lapor Kosmo.

 

Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson pernah memfailkan permohonan penceraian buat pertama kali pada 18 November 2013 tetapi telah menarik baliknya pada tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.