Tun Abdul Razak Tidak ‘Main Politik’ – Rafidah

KUALA LUMPUR – Tun Abdul Razak bukan ahli politik yang “main politik” tetapi hanya memfokuskan kepada pembangunan rakyat dan negara kata bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

 

“Beliau tidak ‘main politik’ tetapi politik kepada beliau ialah politik untuk pembangunan rakyat dan negara,” katanya ketika berucap di majlis Memperingati Tun Abdul Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute di Kuala Lumpur, hari ini

 

Tambah beliau lagi, segala tindakan Tun Abdul Razak adalah demi rakyat dan bukan untuk mengejar populariti.

 

“Beliau lakukan apa yang beliau fikirkan serta tahu apa yang betul, bukan kerana ia akan mendapatkan populariti kepada beliau, tetapi kerana itulah perkara yang betul dilakukan.”ujarnya.

 

Katanya lagi, tiada sebarang bentuk laungan atau sorakan untuk beliau ketika mentadbir negara dan ini merupakan bukti ketelusan pimpinannya tanpa mengira populariti.

 

“Tidak ada sanjungan dan laungan sokongan atau apa-apa ‘hype’ tentang kepimpinan dan kedudukan beliau sebagai pemimpin,”jelasnya lagi. – Suara TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.