Rakyat Malaysia Disaran Luah Pandangan Jujur Yang Membina – Hishamuddin

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia tidak seharusnya malu bagi memberi pandangan kepada kerajaan dan maklum balas yang membina kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

 

“Saya berharap seluruh penduduk Malaysia tidak malu dalam memberi maklumat kepada kerajaan pandangan yang jujur dan maklum balas yang membina,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, mungkin wujud percanggahan pandangan, tapi perlulah meluahkan pandangan dengan cara yang betul.

 

“Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju, namun perlulah menyuarakan pandangan dengan saluran yang betul,” ujar beliau yang juga merupakan anak saudara Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia kedua.

 

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa suara generasi muda perlu didengari oleh pemerintah bagi memastikan cabaran masa kini dapat ditanggani kata beliau lagi.

 

Katanya, anak muda kini berasa suara mereka tidak didengar dan boleh mengundang kepada permasalahan yang besar seperti mudah terpengaruh dengan gerakan militan IS.

 

“Ramai anak muda Malaysia pada hari berasa pandangan mereka tidak penting dan peluang untuk mereka adalah tipis. Kita mesti dengar kepada anak muda kita, kita mesti membuatkan mereka berasa penting demi pembangunan negara.

 

“Pada ketika ini, peningkatan kumpulan extrimis cuba menarik anak muda untuk menyertai seperti Islamic State atau DAESH,” ujarnya ketika memberikan ucapan perasmian dalam majlis memperingati Tun Abdul Razak yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, sebentar tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!