Gadis Dakwa Diculik Dihantar Ke Asrama Akhlak Tunas Bakti

KLANG – Mahkamah Juvenil di sini hari ini memerintahkan gadis remaja berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik ditempatkan selama tiga tahun di Asrama Akhlak Tunas Bakti bermula hari ini.

 

Hukuman tersebut dikenakan terhadap remaja itu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan memberikan kenyataan palsu berhubung ‘penculikannya’ pada prosiding terdahulu.

 

Sementara itu, remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengaku bersalah merogol gadis sunti itu dua tahun lalu juga diperintahkan untuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun bermula hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.