Wanita Mati Lemas Selepas Terjun Tasik Shah Alam

Shah Alam: Seorang wanita berusia 29 tahun ditemui mati selepas terjun ke dalam Tasik Shah Alam kira-kira 3.30 petang ini.

 

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian 3.43 petang sebelum dikejarkan ke tempat kejadian.

 

Menurutnya, anggota bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

“Pasukan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dipanggil ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

 

“Mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.