Siapa ‘Mr Perfect 10’ Yang KJ Gambarkan Tall, Dark Dan Hensem?

Kuala Lumpur – Kontroversi mengenai isu peluk cium artis K-Pop B1A4 bersama empat peminat wanita beragama Islam baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

 

Tidak dinafikan personaliti dan juga paras rupa serta bakat yang ada pada artis K-Pop itu membuatkan peminat yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan gadis remaja menggilai mereka.

 

Isu tersebut menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik status mengenai ciri-ciri lelaki sejati di akaun Twitter yang telah menarik perhatian ribuan pengikut laman sosialnya.

 

Kapsyen tersebut berbunyi: “Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu Bukan lelaki sejati,” tulisnya.

 

Jadi, mungkinkah ciri-ciri yang ditulis oleh KJ ini merupakan ‘Mr Perfect 10’ yang sepatutnya dicari oleh gadis-gadis Melayu di Malaysia?

 

Siapa pula selebriti tempatan yang menjadi igauan peminat mengikut kriteria yang digambarkan oleh KJ?

 

Zul Ariffin
Zul Ariffin kini semakin digilai wanita selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’ bersama Ayda Jebat. Dengan susuk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan Zul sering menjadi perhatian para gadis.

 

Sharnaaz Ahmad
Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam “Bukan Aku Tak Cinta” telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu.

 

Keith Foo
Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbaharunya.

 

Kamal Adli
Mungkin Kamal Adli menepati beberapa ciri-ciri yang disebutkan oleh KJ. Selain tinggi dan berkulit agak gelap, Kamal juga merupakan seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.

 

Nazim Othman
Rupa paras yang kacak, tinggi dan juga berkulit agak gelap, nampaknya pelakon Nazim Othman lengkap dengan pakej tersebut. Malah, wajah Nazim juga dikatakan menyerupai dengan seorang aktor Korea iaitu Choi Jin Hyuk. Selain berlakon, Nazim Othman juga mempunyai bakat menyanyi dan menari.

 

Siapa yang tidak cair sekiranya ‘Mr Perfect 10’ mereka mempunyai kriteria sama seperti Nazim, kan? – Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.