Samseng Uighur Ditembak Mati

Beijing: Sekumpulan ‘samseng’ cuba mengaktifkan satu bahan letupan di sebuah kawasan perniagaan di Xinjiang, mendorong polis menembak mati enam daripada mereka, kata pegawai kerajaan semalam.

 

Operasi itu, kata sumber, dilakukan polis di daerah Shule yang terletak di bahagian selatan bandar Laluan Sutera, Kashgar.

 

Menurut sumber, polis menerima maklumat mengenai “seorang lelaki dipercayai membawa bahan letupan” dan apabila cuba disiasat, suspek cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan kapak.

 

“Tindakannya itu mendorong polis melepaskan tembakan,” katanya.

 

Laporan di laman sesawang kerajaan tempatan menyatakan, polis sedang mematikan bahan letupan itu apabila lima lelaki lain menyerang dan cuba mengaktifkannya.

 

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah kejadian berasingan atau berkaitan.

 

Laporan menyatakan, semua lima lelaki terbabit ditembak mati.

 

Polis China sering menyalahkan etnik Uighur di Xinjiang mendalangi pelbagai insiden keganasan di situ atas alasan mereka sedang berusaha memerdekakan wilayah berkenaan.

 

Sebaliknya, kumpulan Uighur dan aktivis hak asasi manusia berkata, dasar Beijing yang keras dan menekan – termasuk mengongkong Islam merangsang kekacauan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.