Nama Anak Paling Panjang Di Malaysia

Memang hak ibu bapa hendak menamakan anak mengikut kata hati masing-masing, tetapi wajarkah nama yang diberi itu terlalu panjang?

 

Melihat pada nama yang terpanjang dalam senarai pelajar kelas 3 Bistari di sebuah sekolah kebangsaan di Selangor ini, iaitu Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah, yang mana satu agaknya pilihan guru untuk memanggil pelajar berkenaan?

 

Mungkin juga di rumah ada nama panggilan manja yang tidak ada kena mengena dengan nama yang diberi seperti Along, Angah dan sebagainya.

 
Pelik juga memikirkan bagaimana Jabatan Pendaftaran Negara boleh meluluskan nama sepanjang ini walaupun itu adalah hak ibu bapa.

 

Buat masa ini, mungkin tidak ada masalah yang timbul tetapi pada masa akan datang tidak siapa yang tahu.

 

Apapun, ini bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa terutama yang empunya diri tetapi mungkin nama ini adalah panjang yang boleh dicatatkan ke dalam buku Malaysia Guiness Book. – MalaysiaGazette

gambarnama_1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.