Lekat 94 iPhone Pada Badan Untuk Diseludup

BEIJING – CHINA. Seorang lelaki ditahan dalam cubaan untuk menyeludup 94 telefon pintar jenama iPhone ke China dengan melekatkan semua di badannya, lapor media tempatan, Sina News.

 

Menurut laporan itu, lelaki tersebut dikesan selepas cara berjalannya kelihatan pelik.

 

Setelah pegawai yang bertugas mengesan keganjilan tersebut, mereka memeriksa dua beg yang dibawa namun tidak menemukan apa-apa yang pelik.

 

Namun selepas lelaki itu melalui sistem pengesan logam, penggera berbunyi.

 

Telefon-telefon itu kemudiannya dirampas dan lelaki tersebut ditahan pihak kastam negara itu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.