Ketua Penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram Meninggal Dunia

Agbimuddin Kiram yang merupakan ketua pengganas mengetuai pencerobohan di Lahad Datu dilaporkan meninggal dunia di Filipina, semalam.

 

Memetik laporan portal berita Filipina, Rappler, Agbimuddin meninggal dunia di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.

 

Dia yang mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Muda Kesultanan Sulu’ itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

 

Pencerobohan di Lahad Datu yang berlaku pada 30 Oktober 2013 dilakukan oleh sekumpulan penceroboh yang mendakwa mereka daripada Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Jamalul Kiram.

 

Kumpulan itu memasuki perairan negara secara haram menggunakan bot pancung dan berkumpul di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

 

Kawasan terbabit kemudiannya menjadi medan pertempuran antara kumpulan penceroboh dengan pasukan keselamatan negara.

 

Dalam pertempuran itu, 63 anggota kumpulan pengganas terbabit maut manakala 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.