Kenyataan Kit Siang Rasis Dan Tidak tepat – Kamal Affendi

Kuala Lumpur – Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung kewujudan ekstremis dalam kalangan muslim di negara ini atas dakwaan segelintir orang Melayu menyokong kumpulan Negara Islam (IS).

 

Menurut Kamal Affendi, kenyataan yang dilontarkan pemimpin veteran DAP itu sebagai rasis dan tidak tepat kerana meletakkan definisi ekstremis merujuk penglibatan masyarakat Melayu dalam konteks yang sempit.

 

Katanya, adalah tidak adil untuk DAP ‘mengesahkan’ hanya kerana wujud segelintir Melayu yang terlibat atau dipercayai mengagungkan ISIS, maka ia mengambarkan keseluruhan atau kewujudan ekstremis dalam kalangan orang Melayu.

 

“Ia bersifat rasis (perkauman) kerana apabila kita bercakap mengenai ekstremis, definisi yang tepat adalah mereka yang menyokong usaha-usaha yang menjurus kepada ketidakstabilan sesebuah negara atau pemerintahan dengan cara mengangkat senjata, bercorak militan dan penuh dengan kempen keganasan.

 

“Barangkali DAP terlupa bahawa kempen ekstremis bukan sesuatu yang baru di Malaysia. Misalnya di era komunis, di mana itu juga adalah aktiviti ekstremis.

 

“Jadi, mengatakan penglibatan Melayu dengan kempen IS adalah sesuatu yang baru sebenarnya tidak tepat. Malah, sesuatu pembohongan apabila mereka berkata begitu dan ia sedikit rasis memandangkan kaum Cina juga terlibat dalam kegiatan komunis (suatu ketika dahulu). Namun, adakah perlu untuk kita mengatakan bahawa kaum Cina juga adalah ekstremis?,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dengan memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa ekstremisme dalam kalangan muslim Malaysia tidak pernah wujud.

 

Katanya, apa yang membezakan kewujudan ekstremis pada masa kini adalah ideologi yang dibawa dalam usaha mempengaruhi sesetengah pihak untuk menyokong agenda propaganda tersebut, bahkan ia meliputi secara global.

 

“Cuma, kebelakangan ini perbezaannya adalah latar masa yang mana sehingga 1980-an, kita berdepan dengan ancaman ekstremis dalam bentuk ideologi komunisme.

 

“Ini termasuk mereka yang menyokong usaha tersebut terlibat secara langsung dalam merealisasikan propaganda dan idea berkenaan.

 

“Sekarang ini kita menghadapi krisis yang sama, dimana ideologi keagamaan itu digunakan pula sebagai salah satu alat bagi pihak berkaitan mempengaruhi individu yang lemah dalam segi akidah, pengalaman hidup dan fahaman,” katanya.

 

Tambahnya, usaha kerajaan yang dilihat komited dalam menanggani isu keganasan membabitkan militan mengambarkan bahawa negara dengan telus menghadapi masalah itu tanpa cuba menyembunyikan atau menafikan kewujudan ekstremis di Malaysia.

 

“Sama ada ia wujud atau tidak (ekstremis) di semua negara, dari dulu lagi pihak yang mempunyai agenda tertentu akan cuba mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat di negara tersebut dimana pengambil alihan boleh dilakukan dalam negara yang dilanda masalah politik.

 

“Jadi, saya nak cakap bahawa kenyataan itu (Kit Siang) adalah tidak bertanggungjawab, dan adalah lebih molek untuk saya membetulkan kenyataan itu.

 

“Barangkali, Kit Siang terlupa apa itu ekstremis,” ujarnya. – mD

One thought on “Kenyataan Kit Siang Rasis Dan Tidak tepat – Kamal Affendi

  • January 16, 2015 at 5:36 pm
    Permalink

    Ekstremisme atau golongan pelampau wujud di mana saja, di Amerika, di UK, Eropah, di Asia Barat, di Jepun, malah di serata dunia. Di Malaysia telahpun wujud pelampau bersenjata yg disebut pengganas komunis sejak zaman sebelum Merdeka.

    Perkembangan politik antarabangsa telah melabelkan ekstremisme khusus kepada pejuang2 militan Islam. Bermula dengan gerakan sulit salah bendera (false flag) yg merobohkan WTC di New York atau nama kod 9-11 mencetuskan perisytiharan War on Terrorism oleh Bush, lebih tepat lagi iaitu kempen anti Islam sedunia tajaan AS.

    Terbaru adalah serangan kejam yg berlaku di Paris tempoh hari di mana terdapat tanda2 adanya gerakan sulit salah bendera yg terancang, terbukti merupakan cubaan menhidupkan semula kempen kesinambungan War on Terrorism yang kian malap dan kurang bertenaga selepas lebih 10 tahun dilancarkan.

    ‘Pemimpin’ anti nasional di Malaysia seperti Lim Kit Siang (walaupun tebal semangat anti nasional namun dibiarkan aktif berpolitik dalam sistem demokrasi hingga dapat memperdaya pengundi untuk menjadi Ahli Parlimen tertua dan paling lama) dan rakan seperjuangan anti nasional Eric Paulsen yg bebas bergiat atas platform NGO, adalah dua ‘tokoh’ PENCETUS SEMANGAT ANTI ISLAM. Mereka menggiatkan gerakan sulit di bawah tajaan kuasa asing. Peranan mereka ialah melantunkan suara2 anti Islam dari Masters mereka di luar negara untuk mencemar kesucian Islam di Malaysia. Inilah yang dilakukan oleh LKS dalam kenyataannya yang membabitkan umat Islam di Malaysia sebagai ekstremis. Begitu juga Paulsen yang mempertikaikan khutbah Jumaat.

    MEREKA DIBIAYAI OLEH NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED), GERAKAN SULIT DI BAWAH CIA, ADALAH AGEN KUASA ASING YANG SEDANG MEGINTAI PELUANG UNTUK CAMPURTANGAN DALAM URUSAN PENTADBIRAN NEGARA DI MALAYSIA. MOTIF NED ADALAH MENGANGKAT ANWAR IBRAHIM MENJADI PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA YANG AKAN TUNDUK DI BAWAH TELUNJUK AS.

    Kenyataan LKS, apabila mengaitkan ekstremisme dengan umat Islam, iaitu rata2 Melayu, maka dia secara sengaja mahu membangkitkan kebencian terhadap Islam dan orang Melayu. Kenyataan dia berbisa dan rasis.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.