Jokowi Amal Dasar ‘Jual Beli’?

Jakarta: Pengkritik mengecam Presiden Jokowi kerana mencalonkan Budi Gunawan sebagai Ketua Polis Indonesia yang baru menggantikan Jen Sutarman – yang tidak mempunyai sebarang rancangan bersara awal sehingga pertengahan Oktober ini.

 

Timbalan Penyelaras Indonesia Corruption Watch, Agus Sunaryanto berkata, cadangan itu menjadi satu lagi contoh dasar ‘jual beli’ politik diamalkan Jokowi.

 

“Pelantikan tokoh mengisi jawatan Ketua Polis Indonesia tidak sepatutnya berasakan polisi ini, sebaliknya mengambil kira aspek kepemimpinan, prestasi kerja, kemampuan dan komitmen melaksanakan reformasi serta agenda antirasuah,” katanya.

 

Dalam suratnya kepada parlimen Jumaat lalu, Jokowi menamakan Budi – kini Ketua Insitut Pendidikan Polis Indonesia – sebagai ketua baru pasukan keselamatan itu.

 

Mengikut kebiasaan, parlimen akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kelayakan seseorang mengisi jawatan itu.

 

Namun proses itu cuma formaliti dan hampir pasti calon yang dinamakan presiden akan dilantik ke jawatan berkenaan akhirnya.

 

Budi tidak menganggotai sebarang parti politik tetapi dikenali rapat dengan Ketua Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputri.

 

Dia berkhidmat sebagai pegawai Megawati ketika anak Sukarno itu menjadi presiden antara 2001 hingga 2004.

 

Sebelum ini Jokowi melantik orang kuat PDI-P, Yasonna Laoly, sebagai Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia.

 

Pemimpin Parti Nasional Demokratik, Prasteyo pula dipilih sebagai Peguam Negara yang baru.

 

Agus berkata, pentadbiran Jokowi sepatutnya bebas daripada sebarang isu rasuah, hak asasi manusia serta penyelewengan lain.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!