JAWI Keluar Waran Tangkap Jika Gadis Melayu K-Pop Enggan Serah Diri

Kuala Lumpur – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan memohon waran tangkap sekir‎anya gadis Melayu yang didakwa “dicabul” artis K-Pop masih tidak menyerahkan diri secara sukarela bagi membantu siasatan.

 

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu yang akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis Melayu itu perlu menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi.

 

Beliau memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.

 

 

“Kes ini akan dibawa ke mahkamah dan apa sahaja hukuman serta denda akan diputuskan,” katanya.

 

Hujung minggu lalu, tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert yang berlangsung di KL Live Center.

 

Video berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan empat pe­rempuan yang memakai tudung bukan sahaja merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan berkenaan.
Tambah Paimuzi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

 

“Pihak kami sebenarnya sedang menjalankan siasatan dan golongan penyokong K-Pop yang terlibat dengan kes tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Paimuzi turut mengambil kesempatan untuk menasihati remaja agar berhati-hati semasa berhibur de­ngan mengambil kira ajaran Islam.
Katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak agar tidak terjebak dengan perkara yang negatif seperti ini.

 

“Dalam setiap aktiviti anak-anak, ibu bapa harus mengambil tahu dan sentiasa menasihati mereka agar bersikap sopan dan memelihara akhlak supaya tidak mudah terjerumus dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.

2 thoughts on “JAWI Keluar Waran Tangkap Jika Gadis Melayu K-Pop Enggan Serah Diri

  • January 15, 2015 at 1:36 pm
    Permalink

    Assalammualaikum…maaf la sekiranya apa yg akn sy perkatakn akn mnguris hati..cukuplah sekadar video2 nie mnjadi viral & rasenye sudah cukup memalukn untuk wanita2 berkenaan..ramai yg sekarang agak longgar akidahnya dgn menonton filem2 yg agak ‘daring’..,malh pelakon yg mlakonkn jugak adlah agama islam…mohon jawi jika ingin mberi sesi kaunseling wanita2 itu, turut mberi sesi kaunseling untuk semua artis, pengarah, producer & penerbit semua…jgn lah smpai nk keluarkn waran tangkap..mohon dpertimbangkan…

    Reply
  • January 15, 2015 at 3:28 pm
    Permalink

    Salam sejahtera semua,
    saya sokong komen dari sahara. perlu di declare yang saya ni adalah seorang cina yg beragama buddha serta saya adalah seorang rakyat malaysia.. apa yg telah berlaku mmg tak leh ditarik balik dan betul may be tindakan yg cuba dikenakan adalah untuk membetulkan keadaan tetapi sampai tahap waran dikeluarkan ini dah menjadikan tindakan ni lebih kepada hukuman.

    Manusia ni adalah satu makluk yg bertindak berasaskan apa yg ada di sekeliling mereka senang kata mesin fotocopy. so kalau dah hari2 tv keluar movie atau drama yg mempunyai aksi darling ia blh mendatangkan kesan kepada yg memnonton. tp akan ada exception sbb kalau yg cina nampak babak darling dari filem bangsa lain may be mereka tak ikut. tp jika itu adalah filem/movie/drama chinese, peluang untuk ikut adalah lebih tinggi. so apa yg saya cuba katakan dalam contoh ni adalah kalau betul2 nak betulkan minda remaja melayu, proses penapisan dalam filem/drama/movie melayu perlu dikaji semula 🙂

    sekian respond saya
    P/s: jika ada yg terguris, saya memohon maaf. tp komen ni adalah dari suara hati saya 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.