Ini ‘Rare’.. Jadikan Kucing Sebagai Hantaran Perkahwinan

HAMBOI… rakyat Malaysia kini lebih kreatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang lain daripada yang lain.

 

Sebagai contoh, pasangan ini yang menghadiahkan seekor anak kucing yang comel sebagai salah satu hantaran perkahwinannya.

 

Gambar ini sebenarnya dikongsi oleh seorang pengguna sosial bernama Muhamad Zaki yang berjaya mencuri perhatian netizen khususnya buat pengemar kucing.

 

Selalunya pengantin memilih beg tangan, baju dan barangan kelengkapan yang lain sebagai hantaran kahwin namun berbeza pulak idea yang diingankan pasangan ini.

 

Agak-agaknya mesti pasangan ini amat meminati haiwan kesayangan nabi ini.

 

Hantaran anak kucing tersebut diletakkan dalam sangkar kucing yang terhias indah dengan reben, bunga dan sebagainya.

 

Sebenarnya, kami yang melihat ini pun rasa geram melihat kecomelan dan kegebuan anak kucing berwarna putih ini.

 

Apa pun, semoga pasangan ini berbahagia selamanya. – MYNEWSHUB.CCKucing Sebagai Hantaran Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.