Indonesia Tak Kalah Layari Laman Lucah

Jakarta: Satu daripada laman sesawang lucah paling terkenal dunia, Porn Hub, menyenaraikan negara paling banyak melawat tapak itu sepanjang tahun lalu.

 

Dengan jumlah pelawat keseluruhan 18.36 bilion pada 2014, capaian paling banyak datang dari Amerika Syarikat, diikuti Kanada, Britain, Ireland dan Norway.

 

Berdasarkan data dari laman sesawang rasmi Porn Hub yang dipetik media semalam, satu daripada negara yang paling banyak melayari tapak berkenaan ialah Indonesia.

 

Kebanyakan pengunjung masuk ke laman itu menggunakan peranti mudah alih untuk menonton klip video lucah.

 

Melihat kepada data berkenaan, jumlah pengunjung dari Indonesia meningkat empat kali ganda berbanding 2013.

 

Indonesia adalah negara kedua menunjukkan kadar peningkatan tertinggi selepas Turki dengan kadar 457 peratus. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.