Generasi Muda Dipelawa Hadiri Sesi Dialog Sengan Mantan Perdana Menteri

Kuala Lumpur – Orang ramai, terutama generasi muda, dipelawa menghadiri ceramah umum dan dialog dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Februari.

 

Bertajuk ‘Dilema Malaysia’, ceramah itu akan diadakan di Connexion @ Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi di sini.

 
Ia dianjurkan Centre for a Better Tomorrow (CENBET), dengan kerjasama Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS) dan UOA Group.

 
Presiden Bersama Cenbet Gan Ping Sieu memberitahu sidang akhbar di ibu negara hari ini bahawa pada majlis itu, Dr Mahathir dijangka berkongsi pendapat dan pengalaman beliau tentang masa depan negara ini.

 
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Saifuddin Abdullah.

 
Gan berkata Dr Mahathir juga akan menyentuh tentang senario politik semasa di negara ini, cabaran ekonomi dan perpaduan sosial.

 
Mereka yang berminat menyertainya boleh mendaftar melalui www.cenbet.org.my atau emel kepada converse@cenbet.org.my – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.