Gabungan CIMB, MBSB Dan RHB Masih Dalam Rundingan

Kuala lumpur – CIMB Group Holdings Bhd, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan RHB Capital Bhd, hari ini menjelaskan mereka masih lagi berunding mengenai cadangan penggabungan mega institusi kewangan berkenaan.

 

Malah, kata CIMB Group, ahli lembaga pengarahnya akan bermesyuarat esok bagi membincangkan cadangan itu.

“Sebarang pengumuman berkaitan perkembangan cadangan itu yang perlu didedahkan, akan hanya dibuat sewajarnya di Bursa Sekuriti,” katanya.

Kenyataan itu dibuat menerusi jawapan serentak tiga pihak terlibat kepada Bursa Malaysia sebagai menjawab pertanyaan Bursa berikutan satu laporan media bahawa cadangan penggabungan mega itu “telah tamat dan pengumuman rasmi mengenainya dijangka akan dibuat sebelum akhir minggu depan…”

Mengulangi kenyataan CIMB Group, MBSB berkata lembaga pengarahnya akan mengadakan satu mesyuarat biasa esok yang telah dijadualkan minggu lepas.

 

“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan cadangan penggabungan itu,” katanya.
Sementara itu, RHB Capital, pula berkata, ia tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status terkini cadangan penggabungan berkenaan kerana kesemua pihak terbabit masih dalam proses rundingan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.