FGV Rugi RM26 Juta Akibat Bencana Banjir

TEMERLOH: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) rugi RM26 juta selepas 26,000 hektar tanah membabitkan 62 ladang miliknya terjejas akibat banjir.

 

Banjir menyebabkan 26,000 tan buah tandan segar (BTS) tidak dapat dituai sepanjang tempoh negara dilanda bencana banjir, baru-baru ini.

 

Presiden Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata kerugian itu masing-masing membabitkan sebanyak RM16 juta akibat kerosakan infrastruktur manakala RM10 juta daripada kegagalan menuai hasil tanaman. – Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.