Exco Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Berkaitan Facebooker Cadang Tukar Nama Malaysia

Melaka – Polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa bukan sahaja menghina orang Melayu tetapi juga mencadangkan supaya nama Malaysia ditukar kepada New South China.

 

Exco Pemuda Umno Malaysia, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tindakan lelaki yang menamakan dirinya Zi Wong Liang Derek itu amat mendukacitakan kerana selepas sebegini lama negara merdeka masih ada yang tidak menghayati perpaduan antara kaum.

 

Menurutnya, selain menghina orang Melayu dengan panggilan ‘anjing’ serta mencadangkan nama Malaysia ditukar dengan New South China, lelaki berkenaan didakwa turut mengatakan bangsa Cina di negara ini adalah jauh berjaya.

 

Kita tidak nafikan kaum Cina di negara ini lebih berjaya. Ini adalah bukti Melayu lebih bertoleransi sehingga memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berjaya.

 

“Saya percaya kenyataan individu ini sama sekali tidak menggambarkan perasaan atau tanggapan majoriti kaum Cina di negara ini.

 

“Sehubungan itu, saya bersama rakan-rakan lain yang turut hadir hari ini ingin mendesak polis supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki ini,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Banda Kaba di sini semalam.

 

Turut serta membuat laporan polis bersama Mohd Rafiq adalah wakil dari Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Melaka serta Pertubuhan Pemikir Muda (PPM) Melaka.

 

Dalam laporan polisnya, Mohd Rafiq turut meminta polis serta Peguam Negara segera mengambil tindakan segera terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, yang didakwa mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan mempromosikan ekstremisme pada setiap hari Jumaat.

 

Menurutnya, walaupun Eric dilaporkan sudah ditahan di Kuala Lumpur kelmarin, beliau mengharapkan kes berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

 

Sementara itu, seorang jurucakap polis mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Rafiq, wakil GPMS Melaka dan PPM Melaka semalam.

 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut. – mD

One thought on “Exco Pemuda UMNO Buat Laporan Polis Berkaitan Facebooker Cadang Tukar Nama Malaysia

  • January 15, 2015 at 8:48 pm
    Permalink

    Mmg nampak perkauman sangat, kat tempat kerja sy pon mcmtu..hari sabtu halfday utk pekerja cina je, utk pkerja melayu fullday dgn alasan dia kate law org cina mmg keje sabtu x bolh lebih dr 6jam..ad ke law mcm tu.. ?.n sy terasa sgt bila org cina walaupun dah lama duduk malaysia tp mereka langsung x fasih berbahasa Melayu..malah sy rasa sy bukan di Malaysia bila di tempat keje…sedih dengan keadaan mcmni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.