Dua Beradik Tak Sempat Ke Sekolah

KOTA BHARU – Hasrat dua beradik ke sekolah tidak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan lampu isyarat Ketereh, di sini, pagi semalam.

 

Mangsa, Nur Syamimi Azaman, 19, menunggang motosikal jenis Yamaha Ego sambil dibonceng adiknya, Nik Nur Sharifah Nik Azaman, 16. Kedua-duanya cedera selepas motosikal bergesel dengan kereta jenis Toyota Avanza.

 

Dalam kejadian itu, Nur Syamimi dipercayai terlanggar bahagian depan kereta berkenaan yang membelok menghala ke Melor.

 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

 

Menurutnya, Nur Syamimi mengalami kecederaan di muka, manakala adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

 

“Kedua-duanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.

 

“Mereka kini ditempatkan di wad 28 untuk rawatan dan kes masih disiasat,” katanya. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.