Derita Sejam Tersepit Tangan

Melaka: Seorang pekerja kilang membuat batu-bata menderita selama hampir sejam selepas tangannya tersepit di dalam mesin di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, petang tadi.

 

Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa Ahmad Nur Iqbal Mat Hasan, 28, dikatakan sedang mengeluarkan pasir di dalam satu mesin sebelum tersepit.

 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamri Mohd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tangan seorang lelaki tersepit pada 3.55 petang.

 

Menurutnya, bomba terpaksa menunggu ketibaan petugas perubatan bersama ambulans yang memberi mangsa ubat penahan sakit sebelum operasi menyelamat dapat dilakukan.

 

Katanya, tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.45 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.