Batal Ceramah Agama Islam Atas Desakan NGO Kristian, Kerajaan Negeri Sarawak Biadap

Kuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyifatkan alasan kerajaan negeri Sarawak membatalkan ceramah agama Islam anjuran Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang dijadualkan pada Khamis ini, biadap.

 

Ketua Penerangannya, Hassan Basri Muhammad berkata pembatalan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan dan suruhan agama Islam itu sendiri yang meminta umatnya berdakwah.

 

“Amat biadap apabila Menteri di Pejabat Ketua Menteri yang menjaga hal ehwal Islam di Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman memberi alasan bahawa pembatalan ceramah tersebut untuk mengelakkan suasana kekacauan antara pelbagai agama terutamanya Kristian dan Islam.

 

“Yang lebih malang lagi apabila ceramah anjuran IIC dan UNIMAS ini dibatalkan atas desakan dan bantahan Persatuan Gereja Serawak (ACS) dan beberapa individu serta ahli politik yang kononnya dianggap provokasi terhadap agama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul itu akan disampaikan oleh sarjana Islam Iraq, Shaykh Afeefuddin Al Jalani yang akan diadakan di UNIMAS dengan tajuk ‘Nabi Muhammad di dalam Bible’.

 

Pembantu Biskop, Aeries Sumping Jingan yang mewakili Pengerusi Anglican Diocese Of Kuching (ACS), Datuk Bolly Lapok ketika membuat bantahan mendakwa tajuk ceramah itu merupakan provokasi melampau yang boleh menimbulkan kekacauan.

 

Menurut Hassan, alasan yang diberikan nyata dangkal kerana sarjana perbandingan agama terkenal, Dr. Zakir Abdul Karim Naik telah berdebat, berdialog, bersyarah di merata dunia tentang Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh dan seumpamanya tanpa sebarang masalah.

 

“Suka kita bertanya kepada ACS dan Datuk Daud, sudah berapa kali berlaku kekacauan dan ketegangan ekoran syarahan dan dakwah oleh Dr Zakir Naik di hadapan penganut pelbagai agama di dunia ini?

 

“Saya amat yakin ini sekadar andaian untuk menghalalkan tindakan halus menghalang dakwah Islam itu sendiri.

 

“Mereka (kumpulan Kristian) ini sudah berani untuk mencampuri urusan aqidah dan kepercayaan umat Islam sehingga ada di kalangan orang Islam boleh tunduk dan akur atas tekanan ini kononnya untuk menjaga keharmonian kaum,” ujarnya.

 

Tambah Hassan lagi, sekiranya pihak berkuasa terus tunduk dengan desakkan dari kumpulan tersebut, beliau bimbang perkara yang lebih serius akan berlaku pada masa akan datang.

 

“Sudahlah kalimah Allah dipermainkan sehingga di mahkamah. Kononnya laungan azan dan kuliah agama di masjid dan surau mengganggu mereka. Mempertikaikan belanjawan untuk Islam dan sebagainya. Ini mereka membantah dakwah sarjana Islam pula. Apa lagi selepas ini?

 

“Kalau inilah cara pemikiran mereka, kita bimbang tidak mustahil satu hari nanti umat Islam di Malaysia diharamkan membaca surah Al Ikhlas yang menegaskan Allah itu satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, kerana kemungkinan akan mengguris kepercayaan Kristian yang mempercayai Jesus itu anak Tuhan,” ujarnya.

2 thoughts on “Batal Ceramah Agama Islam Atas Desakan NGO Kristian, Kerajaan Negeri Sarawak Biadap

  • January 15, 2015 at 9:04 pm
    Permalink

    Hei… Perkosa… oppss Perkasa, kamu yg biadap. We don’t need ur brand of religion here. Extremist yg tak tentu pasal. Lihat agama mu sendiri yg tak kuat iman dan suka buat kacau. Boleh blah lah.

    Reply
  • January 16, 2015 at 12:27 am
    Permalink

    Orang yang mempermainkan Islam sebagai agama yang tak sejagat, tetapi sebaliknya sebagai alat mempromosikan perkauman dan kebencian adalah orang yang sebenarnya biadap, so please shut up.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.