Banjir: 56,472 Ketua Isi Rumah Di Kelantan Layak Terima Bantuan RM500

KOTA BHARU 14 Jan. – Sebanyak 56,472 ketua isi rumah di negeri ini yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini layak menerima bantuan khas RM500 yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jumlah itu merupakan senarai akhir yang diputuskan oleh Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Peringkat Negeri yang dipengerusikan beliau serta Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Katanya, bantuan tersebut akan diagihkan secepat mungkin bagi meringankan beban ditanggung para mangsa dalam usaha membina semula kehidupan yang terjejas.

 

“Kita juga telah mengenal pasti 2,010 buah rumah di negeri ini musnah sepenuhnya akibat banjir dengan Kuala Krai mencatat jumlah tertinggi iaitu 1,328 buah,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.