23 Januari Paris Hilton Jumpa Peminat Malaysia Di Empire City Damansara

Kuala Lumpur – Kepada peminat tempatan yang ingin menyaksikan selebriti popular Hollywood, Paris Hilton secara lebih dekat di depan mata, jangan lepaskan peluang bertemu dengannya pada 23 Januari ini.

 

Kemunculan eksklusif bintang sensasi dan kontroversi ini adalah sebagai tetamu khas sebuah acara ‘Party of the Century’ yang akan diadakan sempena perasmian pusat komersial, Empire City di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

 

Paris atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton, 33, adalah pernyanyi, model dan pelakon yang sebelum ini dikenali menerusi program realiti TV sendiri, The Simple Life. Cucu yang juga pewaris empayar milik keluarga Conrad Hilton (iaitu pengasas Hotel Hilton) pernah popular menerusi single, Star Are Blind dan berlakon dalam filem House of Wax.

 

Difahamkan, acara kali ini yang bertemakan malam penuh Glamour Era 20-an bertujuan meraikan Empayar City sebagai sebuah lokasi hiburan dan gaya hidup yang akan menjadi tumpuan ramai mengikut cita rasa tinggi untuk bersantai dan berhibur.

 

Selain Hilton, acara tertutup itu juga bakal dihadiri tetamu kenamaan (VIP) dari seluruh dunia termasuk persembahan istimewa daripada Paris dan beberapa artis antarabangsa lain seperti band Kpop, 2AM, Taboo (Black Eye Peas), DJ Ken dan pemuzik kelahiran Australia, Mark Vincent. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.