VIDEO: PPBM Belum Putuskan Mahu Terima Bekas Pemimpin UMNO Sabah

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum memutuskan sama ada akan menerima kemasukan bekas pemimpin Umno Sabah yang keluar parti beramai-ramai semalam.

Ketua Biro dan Strategi Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, selepas rundingan dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan sekutu mereka di Sabah, keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

“Masing-masing ada perspektif dan pendirian mereka berhubung gerakan politik, PPBM juga ada perspektif kami sendiri, kami sedang mengkaji perkara itu.

“PPBM adalah parti untuk semua rakyat Malaysia daripada Perlis hingga Sabah. Pada masa ini, kita belum lagi berada di Sabah. Kita masih lagi mengkaji.

“Kita turut mengadakan konsultasi dengan rakan kita di Sabah dan insya Allah satu pengumuman akan dibuat,” katanya selepas pelancaran buku biografi bertajuk “Striving For Excellence A Life Fulfilled” oleh Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther hari ini.

Rais mengulas kenyataan Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu yang berkata, pengundi akan melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengutip “sampah”, jika menerima “katak” yang meninggalkan UMNO Sabah.

Semalam, 9 Adun, 4 ahli Parlimen, 2 senator dan 21 ketua bahagian Umno Sabah meninggalkan parti itu. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.