Video: ‘Rakyat Tak Perlu Takut…..’ – Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa rakyat tidak perlu takut untuk bercakap benar.

Menurut beliau, negara akan mengalami kerugian sekiranya rakyat diugut ketika bercakap benar.

“Kalau rakyat diugut bila mereka bercakap benar, maka kita semua rugi.

“Rakyat tak perlu takut kerana kita menerangkan dan saya rasa wajar dan konsep raja berpelembagaan itu dan akhirnya raja tidak boleh memihak kerana pihak yang lagi satu itu tidak boleh dipercayai,”katanya ketika ditemui media di IPD Bukit Aman.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran daripada muatnaik status di Twitter miliknya yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu, beliau mempertahankan tindakannya itu adalah disebabkan hanya menerangkan situasi yang berlaku pada ketika itu bagi memastikan keberkesanan sistem berpelembagaan.

“Ramai lagi yang kata saya menghasut, kurang ajar, biadap, tapi sebenarnya bila kita menerangkan keadaan institusi negara, institusi raja berpelembagaan, kita perlu bercakap benar.

“Peranan raja berpelembagaan itu akan jadi kurang berkesan,”ujarnya.

Sebelum ini  Sultan Sharafuddin murka dengan kenyataan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang biadap memutarbelit titah baginda mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.