Video: Jamal Minta Mahathir dan Zaid Ibrahim Masuk Darjah 1 Semula

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberi cadangan agar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir, dan ahli DAP, Zaid Ibrahim untuk kembali masuk ke sekolah untuk belajar RUkun Negara.

Menurut beliau, cadangan ini diajukan akibat daripada tindakan mereka yng disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar terhadap Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Mereka ini perlu duduk balik di sekolah masuk darjah 1.

“Dan saya nak cakap Tun Mahathir jangan pandai cakap, masuk balik sekolah darjah 1 dan belajar Rukun Negara begitu juga dengan Zaid Ibrahim.” katanya ketika ditemui media di IPD Dang Wangi.

Tambah beliau lagi, tindakan Zaid dan Mahathir ke atas Sultan Selangor secara tidak langsung menunjukkan rasa tidak hormat terhadap Rukun Negara.

“Mereka ini tidak mematuhi peradaban sejak dari kecil lagi, kita diajar tentang rukun negara.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun tidak berakal panjang, walaupun tidak sebijak Tun Mahathir dan Zaid Ibrahim, perlu mematuhi kerana dibangku sekolah darjah satu lagi sehingga ke sekolah menengah.

“Jadi kenapa mereka ini kurang ajar dan biadap terhadap raja dan tidak patuh kepada rukun negara,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mempertikaikan tindakan Mahathir memulangkan Pingat yang diberikan oleh Sultan Selangor.

Menurutnya tindakannya itu didakwa seperti memprotes sultan kerana ia dipulangkan ketika berlaku krisis diantara mereka.

“Sepatutnya orang yang mendapat pendidikan yang secukupnya seperti Zaid Ibrahim, Tun Mahathir, kedua-dua individu ini pernah jadi pemimpi, 22 tahun menjadi Perdana Menteri, sedikit sahaja teguran dari Sultan Selangor, tapi jadi seperti kebuak-budakkan merajuk memulangkan pingat.

“Pemulangan pingat ini kita tidak kisah, tapi bila kita ada krisis dan kita pulangkan pingat, itu yang kita ada masalah, kerana bermakna ini adalah satu protes dan tidak menghormati Sultan,”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.