Video: Surat Desak Najib Letak Jawatan: Rani Kulup Lapor Polis

KUALA LUMPUR: Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) meminta polis segera menyiasat dalang surat layang yang mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

 

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah, berkata penyebaran surat layang itu jelas berniat jahat dalam usaha melaga-lagakan Najib dan Ahmad Zahid serta mengucar-kacirkan keadaan negara.

 

“Surat ini juga apabila kita lihat dan kita siasat, ia adalah palsu. Jadi kita gesa PDRM, SKMM siasat sampai ke akar umbi perkara ini dan tangkap siapa yang buat fitnah ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, bagi mendesak polis menjalankan siasatan dan mencari dalang utama penyebaran surat layang berkenaan. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.