‘Boleh Tolong KAFA Dengan Syarat Bantu Jual Produk Pamoga Qu Puteh’ – Vida

KOTA BHARU – Syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. menawarkan bantuan bersyarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh badan induk itu ketika ini.

 

Pengasasnya, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida berkata, syarat tersebut ialah dengan membantu beliau menjual produk keluaran syarikatnya menerusi penganjuran karnival Pamoga Qu Puteh.

 

Beliau berkata, sekiranya Kafa bersetuju dengan syarat tersebut Vida Beauty sedia menyumbangkan sebanyak 20 peratus keuntungan hasil jualan barangan sepanjang karnival berkenaan.

 

“Bagi saya ia adil untuk kedua-dua pihak. Saya dapat jual barang, manakala Kafa dapat dana untuk menggerakkan pasukan.

 

“Saya yakin dan percaya penyokong akan memberikan sokongan padu terhadap Kafa menerusi pembelian di karnival berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai hasrat Kafa untuk menarik dari dari saingan Liga Malaysia (Liga M) ekoran masalah kewangan.

 

Dr. Vida memberitahu, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk menganjurkan karnival berkenaan sebaik sahaja mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kafa.

 

Katanya, Wisma DSV yang sudah lengkap dengan segala kemudahan sentiasa bersedia untuk menganjurkan karnival berkenaan.

 

“Sekiranya karnival tersebut berjaya, kita sedia adakan menjelajah ke seluruh negara bagi membantu Kafa mendapatkan dana menerusi jualan tersebut.

 

“Saya tahu, Kelantan ada kekuatan penyokong yang luar biasa, tidak mustahil kita mampu membantu Kafa,” ujarnya.

 

Dalam perkembangan lain, Dr. Vida berkata, beliau akan melancarkan kempen #BantuDSVBantuKafa untuk melihat sokongan rakyat Kelantan terhadap usaha tersebut.

 

Katanya, kempen itu boleh dibuat menerusi pembelian sebarang produk Vida Beauty.

 

“Bermula esok (semalam) saya nak lihat penyokong Kelantan yang beli produk Vida Beauty menggunakan #BantuDSVBantuKafa di laman sosial Facebook Sayang-Sayang DSV.

 

“Selain itu boleh guna instagram milik saya iaitu Dato Seri Vida,” ujarnya.

 

Kafa memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan pasukan itu bersaing secara kompetitif dalam Liga M. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.