Trump Memalukan Amerika – Putera Alwaleed

Kuala Lumpur – Usahawan Donald J Trump digesa menarik diri daripada pertandingan jawatan Presiden Amerika Syarikat ekoran kenyataannya baru-baru ini yang mahu menghalang umat Islam daripada memasuki negara itu.

 

Gesaan itu dibuat oleh jutawan Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal menerusi status di akaun Twitternya.

 

Beliau menyatakan, Trump bukan sahaja memalukan parti Republican, tetapi seluruh AS menerusi kenyataan akhbar kempen pencalonannya.

 

“Tarik diri sebab anda tidak akan menang,” tulis Putera Alwaleed di Twitter yang kemudiannya di’retweeet’ sebanyak 18,400 kali dengan lebih 7,000 Likes.

 

Dalam pada itu, sebagai membalas Tweet tersebut, Trump membalas dengan berkata Putera Alwaleed mahu kawal politik Amerika Syarikat menggunakan wang bapanya.

 

Trump pada Isnin lalu mengeluarkan kenyataan tidak mahu membenarkan umat Islam ke negara itu berikutan kejadian tembakan di California baru-baru ini yang melibatkan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.