Mat Sabu Dakwa Perwakilan UMNO Celaka

Kuala Lumpur – Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas seorang perwakilan Umno yang didakwa menggunakan sentimen perkauman untuk mewajarkan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri.

 

“Ini ucapan racun, fahaman assobiyyah (adalah) fahaman paling celaka!” kata presidennya Mohamad Sabu dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

 

Tanpa menyebut nama, Mohamad berkata beliau merujuk ucapan seorang perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu yang berakhir semalam.

 

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, ketika berada dalam PAS, parti itu pernah menggunakan tema “Menggempur pemikiran Assabiyah” dalam sebuah muktamarnya.

 

Menurutnya seorang perwakilan berkata anggota Umno tidak perlu bimbang berhubung sumber derma itu selagi digunakan untuk membantu orang Melayu.

 

Mat Sabu turut berkata beliau tidak akan mengulas kerjasama yang mungkin terjalin antara PAS-Umno, kerana itu hak mereka, jika kedua-dua parti itu mahu bekerjasama.

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 yang berakhir semalam, membayangkan parti itu mungkin bekerjasama dengan PAS dan menawarkan peluang berdamai kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.